Susulan menarik balik saman terhadap Ira Kazar, tindakan Puteri Sarah tidak diterima baik oleh warganet dan rata-rata merasakan pelakon tersebut tidak sepatutnya berhenti di tengah jalan.
Sedar mengenai perkara tersebut, Sarah menegaskan tindakannya menarik balik saman dan selesaikan perkara itu di luar mahkamah bukan bermaksud dirinya tewas dalam perjuangan.
Tindakan menarik balik saman itu kerana mahu mementingkan kesihatan mental serta mahu merasakan kebahagiaan bersama anak-anak.
View this post on Instagram
Dalam pada menjawab soalan peminat yang kecewa dengan tindakannya itu, pelakon jelita tersebut berbesar hati untuk membawa wanita-wanita yang dianiaya ataupun kini sedang hadapi masalah rumah tangga.
Sekadar info, pada 5 Julai yang lalu, disahkan bahawa kes saman Puteri Sarah terhadap Ira Kazar serta keluarganya sudah pun diselesaikan di Mahkamah Sesyen Sivil Kuala Lumpur.