Mengaku Tidak Bersalah Dua Pertuduhan Kes Dadah, Mamat Exists Dihantar Ke Hospital Psikiatri – “Semoga Peminat Terus Sokong Saya”

Hiburan

Mengaku Tidak Bersalah Dua Pertuduhan Kes Dadah, Mamat Exists Dihantar Ke Hospital Psikiatri – “Semoga Peminat Terus Sokong Saya”

Selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa, vokalis Exists, Mamat mengaku tidak bersalah di hadapan Hakim, Fatimah Zahari dan Majistret, Hidayatul Syuhada Shamsudin atas dua pertuduhan memiliki dan mengambil dadah pada 2019.

Pendakwaan diadakan hari ini di Mahkamah Sesyen dan Majistret Johor Bahru.

Advertisement

 

Ada kesalahan berulang

Berdasarkan pertuduhan pertama, Mamat atau Mohd Ali Kamarudin didakwa memberi kepada diri sendiri dadah Methamphetamine kira-kira 2 pagi, 9 September 2019 di Pejabat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Johor Bahru Utara.

Mamat juga difahamkan mempunyai kesalahan berulang memberikan dadah kepada dirinya sendiri pada 2016 dan 2018.

Pendakwaan dibuat mengikut seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 39C (1) (b) akta sama.

mamat

Manakala bagi pertuduhan kedua Mamat didakwa memiliki dadah jenis Methamphetamine dengan berat 0.17 gram pada 11.35 malam, 8 September 2019 di Taman Perling.

Bagi pertuduhan kedua pula ia dibuat mengikut Seksyen 12 (2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum dibawah seksyen 12 (3) akta sama.

 

Dihantar ke hospital psikiatri

Terdahulu, di Mahkamah Sesyen, peguam yang mewakili Mamat memohon agar dia dirujuk bagi mendapatkan rawatan psikiatri di Hospital Permai mengikut Seksyen 342 Kanun Tatacara Jenayah dan  Hakim, Fatimah Zahari, membenarkan permohonan itu.

Ketika diiringi keluar dari mahkamah sempat bercakap kepada wartawan memaklumkan tentang perkembangan kes tersebut serta memohon doa peminatnya.

Saya perlu dihantar ke hospital psikiatri untuk rawatan lanjut mulai hari ini. Semoga peminat dapat terus memberi sokongan terhadap aktiviti seni (saya) selepas ini.

mamat exists

Sementara itu, peguam Mamat, Azlina Abdul Aziz memaklumkan anak guamnya bebas bahan terlarang semasa ditahan dan diperiksa pada 7 Januari lalu.

Semasa ditahan dan diperiksa, anak guamnya itu bebas bahan terlarang. Namun dia berada dalam senarai kehendaki berikutan kes lama berkaitan dadah pada tahun 2019.

Kita doakan untuk Mamat. Hari ini, dia akan dihantar di Hospital Permai untuk rawatan. Untuk pengetahuan, Mamat sudah 10 tahun menghidap penyakit mental. Dalam tempoh itu Mamat makan ubat dan dapatkan suntikan ubat.

Difahamkan, laporan pakar perubatan psikiatri akan diperoleh 20 Februari akan datang dan mahkamah menetapkan 22 Februari untuk sebutan semula.

yasin sulaiman
1 year ago

(TERKINI) Yasin Sulaiman Dilepaskan & Bebas Tiga Pertuduhan Dadah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...