Pelakon kacak, Fadlan Hazim baru-baru ini mencuri perhatian netizen di media sosial apabila dia dilihat bergambar mesra bersama seorang wanita di TikTok dipercayai kekasihnya yang berasal dari negara Kazakhstan.
Difahamkan wanita tersebut bernama Aiya dan melihatkan kemesraan mereka berdua, sepertinya sedang dilamun cinta.
Malah, Fadlan juga dikatakan telah pulang ke kampung halaman Aiya di Kazakhstan untuk bertemu dengan ahli keluarganya.
Meninjau media sosial milik wanita itu, memang banyak juga video mereka berdua bersama dan bercuti di merata tempat.
Menjengah ke ruangan komen beberapa hantaran video kemesraan yang dimuat naik Aiya, ramai yang memuji pasangan itu sama cantik sama padan dan mendoakan agar keduanya segera mendirikan rumah tangga.
@aiya.kz
Namun begitu, ada juga yang mempersoalkan tindakan Fadlan Hazim sebelum ini yang sering mengaku tidak mempunyai pasangan kekasih jika ditanya media.
Perempuan ni menggediknya kat TikTok. Semua video dia mesti dengan jantan ni. Si Fadlan sendu ni pon berapa kali dah cakap asyik single je.
Netizen juga mengkritik Aiya yang kelihatan ‘syok sendiri’ kerana sering memuat naik video bersama Fadlan di TikTok.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.