Setelah sekian lama khabar angin mengenai pengarah, Syamsul Yusof menduakan isterinya iaitu Puteri Sarah menjadi bualan ramai, akhirnya dia mengakui bahawa sudah berkahwin dengan orang ketiga iaitu Ira Kazar.
Dalam perkongsiaan video Syamsul di Instagram, perkahwinan bersama Ira diwalikan sendiri oleh bapanya iaitu pelakon veteran, Kazar Saisi di negara Thailand.
Apabila meninjau di Instagram Sarah, dia ada memuat naik satu status di IG Story bahawa bakal memuat naik video bagi pihaknya pula setelah selesai penggambaran.
Dalam pada itu, ibu kepada dua orang cahaya mata itu turut mempersoalkan tindakan suaminya yang seolah-olah meletakkan kesalahan terhadap segala yang telah berlaku.
Bagaimanapun, Sarah sempat mengucapkan ucapan tahniah setelah sekian lama menunggu Syamsul mengakui hal ini dan perkahwinan mereka berdaftar secara sah.
Sarah turut sempat menyelitkan bahawa Syamsul sudah berbulan bernikah dengan Ira Kazar, namun kesahihan perkara ini masih belum dapat diketahui lagi.