Baru-baru ini, tular di media sosial TikTok mengenai sebuah hantaran video oleh pelakon, Eyka Farhana yang dilihat sedang menghadiri sebuah majlis.
Menerusi video tersebut, Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi dilihat terpinga-pinga dan malu-malu ketika dijemput oleh seorang wanita.
Malah, pelakon berusia 27 tahun itu turut mengakui dirinya sememangnya seorang yang pemalu setiap kali menghadiri mana-mana majlis.
Me everytime datang event, mesti segan segan. Segan kejap je.
@misseykaf
Sehingga kini, perkongsian video tersebut telah meraih 963.7K tontonan, 52.6K tanda suka, dan 206 komen di laman TikTok.
Menjengah di ruangan komen, video berdurasi 10 saat itu telah menerima pelbagai respon daripada orang ramai yang rata-ratanya memuji kecantikan pelakon Dukun Diva itu.
Namun, ada juga segelintir netizen yang mempertikaikan sikap ‘segan’ Eyka yang dimaksudkan apabila sebaliknya dia sering dilihat menayang tubuh badan di media sosial.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.