Mia berharap, selepas pengakuan akan berkahwin dibuat, tiada lagi pihak yang terus mengaitkan beliau dengan Saharul Ridzwan.
Sedikit sebanyak saya berasa lega apabila mengaku sedang bercinta dengan Izham kerana sebelum ini orang terus mengaitkan saya dengan Saharul.
Tetapi apa yang saya harapkan semua pihak tidak lagi mengaitkan saya dengan Saharul kerana saya sudah ada seseorang dan Saharul pun sudah berkahwin.
Berbicara lebih lanjut mengenai percintaannya, Mia memberitahu jarak usia 3 tahun antara beliau dan Izham bukanlah satu penghalang buat mereka.
Meskipun Izham lebih muda daripadanya, pemikiran serta sikap Izham jauh lebih matang daripada usianya.
Saya senang dengannya walaupun dia tiga tahun lebih muda daripada saya tetapi itu bukan penghalang kerana sikapnya sangat matang.
Pada saya usia itu hanya angka dan sepanjang setahun mengenalinya saya dapati dia seorang yang memahami terutamanya karier saya sebagai seorang pelakon.
Rasanya masyarakat pun faham bahawa Saharul Ridzwan sudah berkahwin dan dah kurang sebenarnya berita yang mengaitkan nama Mia Ahmad dan Saharul. Kini mereka juga tahu Mia sudah ada kekasih hati bukan? Harapnya rencana Mia dan Izham untuk berkahwin dipermudahkan.