Mengaku Salah Guna Petikan Hadis Sebagai Lagu Untuk Pertunjukan Pakaian Dalam, Rihanna Tampil Mohon Maaf

Trending

Mengaku Salah Guna Petikan Hadis Sebagai Lagu Untuk Pertunjukan Pakaian Dalam, Rihanna Tampil Mohon Maaf

Kecoh di media sosial tempoh hari selepas penyanyi antarabangsa, Rihanna dikatakan menggunakan petikan hadis sebagai lagu untuk pertunjukan fesyen pakaian dalam miliknya. 

Advertisement

Lebih mengejutkan, pertunjukan yang dilaksanakan dalam format virtual itu dilihat turut menyajikan aksi model yang berpakaian seksi menari dengan berlatar belakangkan muzik tersebut.

Susulan daripada itu, Rihanna kini tampil memohon maaf secara terbuka di akaun Instagram miliknya selepas dikecam hebat oleh netizen.

Menurutnya, beliau akui segala masalah  yang timbul berpunca daripada kecuaian pihaknya, malah mendedahkan beliau langsung tiada niat untuk menyinggung mana-mana agama terutamanya Islam. Bagaimanapun, penyanyi yang popular menerusi lagu “Please Don’t Stop The Music” itu juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada komuniti Muslim yang menegur kesilapan tidak sengaja itu. Tambahnya lagi, beliau akan memastikan insiden seperti itu tidak akan berulang lagi kelak.

Selain itu, Coucou Chloe selaku pencipta lagu remix ‘Doom’ turut membuat permohonan maaf secara terbuka. Dedahnya, lagu tersebut dicipta daripada trek Baile Funk yang ditemuinya secara atas talian. Pada waktu itu juga, dia tidak perasan sample lagu itu menggunakan petikan daripada hadis.

Oleh hal yang demikian, beliau difahamkan akan bertanggungjawab sepenuhnya kerana tidak membuat kajian secara terperinci dan berterima kasih kepada semua pihak yang telah memberikan penerangan yang benar kepadanya. Rentetan kejadian, beliau memaklumkan bahawa pihaknya kini dalam proses untuk memadamkan lagu terbabit di semua platform penstriman lagu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...