Pelakon cantik, Mona Allen mengakui bahawa dia sebenarnya tidak selesa apabila diminta untuk tampil bergandingan dalam mana-mana naskah lakonan bersama suaminya, Pekin Ibrahim.
Menurut aktres ini, dia merasakan sedikit janggal kerana terpaksa menjadi ‘orang lain’ ketika di set penggambaran.
Tambahnya lagi, dia telah hidup bersama Pekin sebagai suami isteri dan jika berada di set, dia terpaksa menjadi ‘individu’ lain mengikut kehendak watak sesebuah naskah yang dipertaruhkan.
View this post on InstagramPetri Bunian with Raja Abdullah ? #tuanpetrisaadong my songket is from @anasabdullah.kl
“Sebenarnya saya kurang selesa berlakon dengan Pekin, bukan apa , sebab kami sebagai suami isteri di rumah lain, dan di set pula kami perlu jadi lain mengikut kehendak watak. Tetapi memandangkan tawaran yang datang sering memerlukan kemunculan kami berdua, kami terima sahajalah,”
Mona turut memberitahu bahawa dia mahu cuba untuk mengelak berlakon bersama suaminya itu dalam drama atau filem yang sama selepas ini. Hanya pada ketika ini, keperluan untuk berlakon besama dan permintaan peminat yang ingin melihat mereka berdua bergandingan membuatkan Mona menerima tawaran berlakon tersebut.
Perkembangan terkini, Mona bakal tampil dalam drama bersiri Tanya Sama Pokok di siaran televisyen Astro bersama pelakon hebat lain seperti Datuk Fizz Fairuz, Sabri Yunus, Sara Ali dan ramai lagi.
Sumber: Astro Gempak