Mengaku Lebih Memilih Isteri Tak Bertudung Tapi Solat, PU Syed ‘Sembur’ Johan – “Jangan Bagi Pandangan Songsang”

Trending

Mengaku Lebih Memilih Isteri Tak Bertudung Tapi Solat, PU Syed ‘Sembur’ Johan – “Jangan Bagi Pandangan Songsang”

Penceramah, PU Syed menjawab mengenai isu tular di TikTok di mana pelawak terkenal, Johan berkata dia lebih memilih isteri yang tak bertudung tetapi solat berbanding isteri bertudung tetapi tak mengerjakan solat, jika perlu membuat  pilihan.

Menurutnya, mendirikan solat dan menutup aurat adalah kewajipan yang dituntut oleh Allah SWT bermakna jika sekiranya diberi pilihan, janganlah pilih kedua-duanya.

Advertisement

 

Jelasnya, dosa tak menutup aurat seorang isteri akan terbias kepada suami jika tidak melarang atau mencegah perbuatan itu.

Sebaliknya jika suami sudah menegah isterinya dan tidak diendahkan, isteri tersebut telah nusyuz kerana enggan taat kepada suami dan khasnya perintah Allah.

Kalam seorang pelakon di perkampungan sunnah tempoh hari, bagi ambe hanya untuk menegakkan benang yang basah. Tidak solat dosa besar tidak menutup aurat juga dosa besar.”

Dalam pada itu, penceramah tersebut turut memohon agar pelawak berkenaan tidak memberikan pandangan songsang dan adalah wajar jika asatizah yang hadir pada program tersebut untuk menegurnya.

Terdahulu, tular rakaman di TikTok mempamerkan Johan memberikan kenyataan dan menjawab soalan yang sering diterimanya berkenaan isterinya tidak memakai tudung.

@fbvstiktok

Membalas kepada @missaliyatur #uai #uwa #ustazwadiannuar #ustazazharidrus #ceramahpendek #ceramah #johan

? Instrumen Sedih – Yuda pratama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...