Pendedahan seorang wanita di media sosial baru-baru ini meraih perhatian serta mengundang kritikan ramai warganet di Twitter.
Menerusi hantaran yang tular itu, wanita terbabit telah menghantar direct message dan namanya dirahsiakan namun meminta nasihat serta pandangan orang ramai tentang situasinya.
Apa yang membuatkan ramai terkejut adalah kerana wanita itu terang-terangan mengaku dia mempunyai hubungan sulit dan meniduri lelaki berstatus suami orang.
Namun, isteri lelaki itu telah jumpa gambar mereka berdua dan dia kini risau jika perkara tersebut ditularkan oleh wanita berkenaan.
I pernah tidur dengan teman lelaki I which is suami orang. Sekarang gambar kitorang dah dapat dekat isteri dia. Apa patut I buat? Boleh ke I saman isteri dia kalau viral kan I?”
Fuh kes yang ni mencabar sikit, ayuh rakan rakan ku. Masuk semuaaaa. pic.twitter.com/wcaCLZuZDK
— keem (@AkeemSharyzal) April 6, 2023
Hantaran tersebut meraih banyak respon daripada warganet di mana rata-ratanya ‘memaki’ wanita berkenaan kerana apa yang dikatakannya.
Kata kebanyakan netizen, sudahlah dia yang tidur dengan suami orang tetapi bila sudah kantoi boleh pula nak saman si isteri itu pula.
Dah la kau rom*n dengan laki dia. Eh kau nak saman dia pula. Lelaki single banyak, laki orang juga yang digersangkan.”
Dalam pada itu, segelintir individu ada memberi cadangan atau apa yang boleh berlaku dari sisi undang-undang iaitu mengganggu keharmonian rumah tangga orang.
Beberapa netizen mencadangkan agar dia pergi memohon maaf kepada si isteri secara peribadi meskipun perlu melutut supaya hal antara mereka selesai.