Mengaku Perdaya Pelanggan RM32,800, “Pusat Rawatan Islam” Ditutup Dan Didenda RM500

Trending

Mengaku Perdaya Pelanggan RM32,800, “Pusat Rawatan Islam” Ditutup Dan Didenda RM500

Masih ingat laki isu sebuah pusat rawatan Islam yang mengenakan cas yang tidak masuk akal sebelum ini hingga jadi viral? Pusat rawatan Islam tersebut telah disiasat oleh Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).

Advertisement

Pasangan yang mengusahakan pusat rawatan Islam yang mengenakan caj RM32,800 itu telah menghentikan perkhidmatan mereka serta merta.

Menurut Mufti Melaka, Datuk Abdul Halim Tawil berkata, pasangan berkenaan mengaku memperdayakan pelanggannya sebanyak RM32,800.

“Pihak MAIM berpuas hati dengan langkah yang diambil oleh pasangan terbabit iaitu menghentikan perkhidmatan mereka serta merta.
“Bagi mengelakkan kes penipuan berulang, pemantauan berterusan akan dibuat terhadap pengusaha terbabit,” katanya.
Lapor The Malay Mail Online, pengusaha pusat itu juga didenda RM500 oleh Majlis Perbandanran Jasin (MPJ) kerana berniaga tanpa lesen dan iklan tanpa permit.
Difahamkan pengusaha terbabit membuat keputusan untuk menutup pusat rawatannya serta merta kerana menyinggung perasaaan umat Islam. Malah pengusah berkenaan juga turut memohon maaf.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...