Mengaku Dirinya Dahulu Tidak Pandai Masak, Shima Anuar Dedah Tak Boleh Beza Antara Serai Dan Lalang

Hiburan

Mengaku Dirinya Dahulu Tidak Pandai Masak, Shima Anuar Dedah Tak Boleh Beza Antara Serai Dan Lalang

Umum mengetahui, pelakon Shima Anuar kini sedang giat menjalankan perniagaan makanan iaitu Laksam.

Shima anuar laksam

Advertisement

Dalam menempuh dunia perniagaan kini, Shima akui hubungannya bersama keluarga kini semakin utuh.

Lagi-lagi apabila ikatan adik beradik antara mereka juga semakin erat setelah bersetuju membina perniagaan laksam bersama kakaknya.

Shima anuar laksamShima anuar laksam

“I dah takde mak masa umur 11 tahun. I ada sorang je kakak. Lain semua abg dan adik lelaki. Dulu I lagi rapat dengan abang. Selalu gaduh dengan kakak sebab I ni nakal. Kakak I dia baik. Haha. Dah tua-tua baru rapat dengan kakak.”

Ujar Shima, dahulunya beliau merupakan seorang yang tidak begitu pandai memasak, sehinggakan boleh menbezakan antara serai dan lalang.

Bagaimanapun, ibu kepada seorang cahaya mata ini juga langsung tidak menolak bahawa kakaknya sentiasa menjadi rujukan beliau dalam soal masakan.

Shima anuar laksam

“So apa-apa semua refer dengan dia. I tak pandai masak pun dulu (suruh pegi ambik serai belakang rumah, aku pegi cabut lalang). Nak masak pun main belasah je. Kalau tak tau apa-apa, mesti akan tanya dia. Now kita orang buat @laksambys sama-sama. Dah jadi family business dah. Semua get involved. Semoga sama2 dimurahkan rezeki kita adik beradik. Inshaallah aminnn. (Nanti belikan lagi periuk2 ni ok? Thank you ngah!”

Shima anuar laksam

Untuk rekod, Shima sebelum ini pernah dihimpit masalah apabila ejen penjual laksamnya didakwa mengenakan caj untuk setiap bekas yang dibeli oleh pelanggan. Namun perkara itu kini khabarnya telah beransur pulih sehingga beratus bekas dikatakan laris terjual oleh pihak mereka.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...