Sebelum ini, kecoh di media sosial apabila penyanyi sensasi, Baby Shima mendedahkan dirinya menerima ugutan bunuh daripada seorang individu menerusi ruangan komen di Facebook.
View this post on Instagram
Menurut Berita Harian, hari ini, individu tersebut didenda sebanyak RM4,000 selepas mengaku bersalah di Mahkamah Majistret Sibu.
Tertuduh, Mel Maxpherson Munded, dijatuhi hukuman itu selepas mengaku bersalah sejurus pertuduhan dikemukakan terhadapnya di hadapan Majistret, Oon Kork Chern.
Kork Chern juga mengarahkan tertuduh dipenjara dua bulan jika gagal membayar denda itu.
Justeru, dia didakwa mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.