Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Mengaku Bersalah Sebar Video Lucah, Jung Joon Young Undur Diri Dari Dunia Hiburan

Penyanyi Korea, Jung Joon Young menerusi satu kenyataan mengaku bersalah merakam aksi panas seorang wanita tanpa kebenaran dan kemudiannya berkongsi video lucah tersebut didalam ‘group chat’ terdiri daripada 8 orang ahli termasuk Seungri BigBang.

Advertisement

Malu dan menyesal dengan perbuatannya itu, Jung Joon Young juga memohon maaf kepada semua pihak atas kontroversi yang berlaku dan mengumumkan pengundurannya daripada dunia hiburan.

Berikut adalah permohonan maaf beliau : –

SURAT PERMOHONAN MAAF

Saya menulis kepada anda dengan rasa malu dan kesal. Saya, Jung Joon Young, baru kembali ke Korea pada 12 Mac dan menyedari betapa seriusnya situasi ketika ini. Saya memohon ribuan kemaafaan kepada mereka yang terlibat dan mohon diberikan ruang untuk menyatakan maaf saya.

Advertisement

Saya mengakui kesemua dosa serta kesalahan dan tindakan saya. Saya telah merakam video wanita tanpa kerelaannya dan berkongsi video tersebut menerusi ruangan sembanga KakaoTalk dan telah bertindak tanpa rasa bersalah atau menyesal.

Sebagai seorang ‘public figure’ , sememangnya tindakan saya itu adalah tidak bermoral dan saya layak untuk mendapat balasan atas perbuatan saya.

Apa yang penting, saya ingin meminta maaf kepada wanita yang dirakam dalam video tersebut yang terpaksa berhadapan dengan situasi dasyat ini. Saya berlutut memohon maaf kepada sesiapa yang berasa marah dan kecewa.

Saya akan menarik diri dari semua rancangan yang saya bintangi dan menghentikan segala aktiviti berkaitan bidang hiburan.

Saya memohon maaf kepada semua wanita yang telah menderita akibat perbuatan saya. Kepada mereka yang telah menjadikan saya seorang selebriti, pastinya anda berasa sangat kecewa dan marah, saya juga mohon kemaafaan.

Saya akan berikan kerjasama yang baik sepanjang proses siasatan yang akan bermula pada 14 Mac dan menerima segala hukuman dengan tenang.

Sekali lagi dengan hati yang kecil, saya memohon kemaafaan. Saya mohon maaf.

12 Mac 2019,

Jung Joon Young

Sumber Berita : All Kpop

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

27 Comments

  1. Petang guys

    March 13, 2019 at 4:50 pm

    Pehhhhh Korea semenjak dapat Presiden baru start 2017 !!! Semakin banyak artis korea lelaki yang mana buat kerja2 tak senonoh tu diungkap kan , Bagus cari lagi laki yang sifat lagu nie bawak ke muka pengadilan !

  2. JERNIH HEIGHTS SDN BHD

    March 13, 2019 at 3:57 pm

    ok video apa…paste tgk hihi

  3. Jack

    March 13, 2019 at 3:22 pm

    Agak2 la judge org smua gersang.. X kisah la if fan mna2 pun nk cop minah gersang jgk ke? Please la 2019 kot.. Relevan la skit nk judge2 org .

  4. Hai semua

    March 13, 2019 at 3:11 pm

    Semoga Bahagia Duduk dibalik TIRAI BESI. Aigo NetiZen Korea buat Polis sana kecut perut !

    Mana pompuan yang minat laki nie berhenti la minat laki penyebar video2 tak senonoh

  5. Lalalalala

    March 13, 2019 at 2:28 pm

    Korea jangan main main kuasa MEMBAWANG diorang boleh buat orang rasa NAK BUNUH DIRI !!! Kalau bukan netizen desak polis buat siasatan mesti sampai ke hari ni tak terbongkar sifat laki ni sekali dgn si Seungi member BIGBANG tuu

    Artis sana terlibat : Pelecehan Sexsual,Pemerkosaan,Pelacuran,Dadah hmmm SORRY la nak tayang muka di KOREA … Netizen sana boleh TUTUP REZEKI artis korea kalau KANTOI buat benda tak senonoh tuu …

    • Langit

      March 13, 2019 at 2:48 pm

      Betul tu. Kuasa KNet (Korean Netizen) lebih besar jika nak dibandingkan dgn kuasa Makcik Bawang dkt Malaysia ni. Artis KPop ni klu nak couple pun susah. Silap2 boleh clash sebab tekanan drpd fan diorang terlalu obses. JYJ ni berbakat besar tp malang sbb tersilap langkah. Memang susah dia nk bangkit semula.

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top
x
Puasa Barakah Bersama