Mengaku Bersalah Rogol Kanak-Kanak, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Dan Sebat

Kehidupan

Mengaku Bersalah Rogol Kanak-Kanak, Lelaki Dijatuhi Hukuman Penjara Dan Sebat

Di Kluang, lelaki yang juga merupakan seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan oleh Mahkamah Sesyen selepas mengaku bersalah merogol kanak-kanak perempuan berumur tujuh tahun dalam kejadian di Simpang Renggam dua minggu lepas, lapor Astro Awani.

Hakim Mujib Saroji memerintakan lelaki berumur 39 tahun yang berlum berkahwin itu untuk menjalani hukuman penjara bermula daripada tarikh tangkap 15 Mei lalu.

Advertisement

“Tertuduh mengaku merogol kanak-kanak terbbait di bilik belakang sebuah rumah di sebuah kampung di Simpang Renggam pada 3.30 petang, 14 Mei lalu”

Seorang penganggur (kiri) dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan enam sebatan kerana kesalahan rogol

Tertuduh yang tidak diwakili peguam memohon maaf atas perbuatannya dan merayu agar hukumannya diringankan.

Bagi memberi pengajaran terhadap orang awam, Timbalan Pendakwa Raya Farah Nabihah Muhammad Dan memohon mahkamah menjatuhkan hukuman setimpal kepada tertuduh yang juga mempunyai pertalian saudara dengan mangsa.

Hal ini demikian kerana untuk menunjukkan bahawa kerajaan dan mahkamah memandang serius terhadap kesalahan merogol da kes seperti itu merupakan kes jenayah berat.

Sumber 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...