Mengaku Bergambar Bersama Usahawan Kosmetik Sindiket Edar Dadah, Khai Bahar Pernah Ditawar Jadi Duta Produk Syarikat Terbabit

Hiburan

Mengaku Bergambar Bersama Usahawan Kosmetik Sindiket Edar Dadah, Khai Bahar Pernah Ditawar Jadi Duta Produk Syarikat Terbabit

Baru-baru ini kecoh seketika mengenai penahanan usahawan kosmetik yang telah ditahan pihak berkuasa kerana terlibat dalam penyeludupan dadah jenis Methamphetamine.

Nampaknya penyanyi Khai Bahar juga telah menerima tempias apabila gambarnya bersama usahawan tersebut telah menjadi tular dan banyak persoalan dan spekulasi telah timbul mengenai penglibatannya dengan suspek terbabit.

Advertisement

Ketika ditemui media, Khai Bahar mengakui bahawa dia pernah ditawarkan untuk menjadi duta untuk salah satu produk keluaran syarikat milik usahawan tersebut. Namun begitu, Khai menjelaskan dia tidak mengetahui mengenai penglibatan lelaki bergelar Datuk Seri itu dengan aktiviti penyeludupan dadah.

“Saya tak tahu mengenai pembabitan individu itu, tapi saya sedar mengenai gambar kami telah tular di media sosial. Saya baru saja menjadi duta untuk produk minuman susu berperisa keluaran syarikat itu. Foto tersebut diambil pada September lalu semasa perbincangan mengenai produk. Tentang isu lain saya tak tahu, saya hanya jalankan tanggungjawab. Itu pun masih belum buat kerja lagi sebagai duta sebab masih baru,”

Menjelaskan dengan panjang lebar, menurut Khai lagi di kini menyerahkan sepenuhnya kepada peguam yang mewakili dirinya dalam membuat keputusan untuk meneruskan atau tidak kontraknya sebagai duta untuk syarikat berkenaan.

View this post on Instagram

A post shared by Khai Bahar (@khaibahar94)

Sehubungan itu, penyanyi lagu Bayang ini turut mengambil iktibar agar lebih berhati-hati sebelum menerima sebarang tawaran kerja dan duta produk.

Sumber : mStar Online

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...