Mengaku Bacaan Tak Sempurna, Lisa Surihani Terus Istiqamah Mengaji Al-Quran

Hiburan

Mengaku Bacaan Tak Sempurna, Lisa Surihani Terus Istiqamah Mengaji Al-Quran

Bersempena dengan Perintah Kawalan Pergerakan sejak 18 Mac lalu, pelakon Lisa Surihani melakukan cabaran #dudukrumahchallenge dengan meluangkan masa  membaca kitab suci Al-Quran.

lisa surihani mengaji

Advertisement

Lisa sedar bacaannya masih belum sempurna tetapi dia mahu sentiasa istiqamah membaca Al-Quran walaupun tidak sempurna.

Malah, dia juga mendapat galakan dan kata-kata semangat daripada rakan-rakannya untuk meneruskan niatnya itu.

lisa surihani istiqamah mengaji al-quran

Pada masa yang sama, Lisa turut berdoa semoga Allah SWT merahmati semua umat Islam dengan Al-Quran yang merupakan mukjizat teragung sebagai petunjuk bagi sekalian manusia.

Perkongsian Lisa itu mendapat reaksi positif daripada rakan selebriti dan pengikutnya yang mendoakan agar dia kekal istiqamah serta terus bersemangat untuk membaca Al-Quran.

lisa surihani istiqamah mengaji al-quran lisa surihani istiqamah mengaji al-quran lisa surihani istiqamah mengaji al-quran

Sama-sama kita doakan agar segalanya dipermudahkan buat Lisa. Boleh dijadikan contoh yang baik dan sumber inspirasi buat ramai untuk mula membaca Al-Quran.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...