Mengadu Sakit Badan, Kekasih Dedah Alya Iman Hidap Demam Denggi

Hiburan

Mengadu Sakit Badan, Kekasih Dedah Alya Iman Hidap Demam Denggi

Mendedahkan kekasih hatinya, pelakon Alya Iman telah disahkan menghidap demam denggi semalam, usahawan Ridhwan Rosli tampil memaklumkan bahawa pelakon itu mula mengadu dirinya tidak sihat sejak berada di pejabat.

Alya iman demam denggi

Advertisement

Katanya, pelakon yang sebelum ini pernah digelar pisau cukur oleh netizen itu turut melakukan ujian saringan COVID-19, malah beliau juga tidak menolak bahawa pelakon itu perlu menjalani tempoh kuarantin sekurang-kurangnya 48 jam.

“Alya demam denggi. Dia tak sihat sejak dekat pejabat lagi. Alya pergi ke pusat perubatan swasta dalam pukul 4 petang. Selepas lakukan semua ujian, sekarang kena tunggu keputusan Covid jadi dia kena kuarantin sekurang-kurangnya dalam 48 jam. Itu prosedur biasa sebelum admitted,” katanya.

Alya iman demam denggi

Menurut laporan Gempak, pelakon yang popular menerusi drama Senafas Rindu itu berada dalam keadaan lemah ketika ini.

“Alya lemah dan sakit badan. But I believe she’s in good hand.”

Alya iman demam denggi

Terdahulu, Ridhwan dilihat berkongsi foto Alya sedang terlantar di atas sebuah katil hospital di Insta Storynya.

Bahkan, beliau juga khabarnya tidak terlepas menitip doa agar pelakon yang pernah dihimpit kontroversi merampas suami orang itu segera sembuh.

Sumber: Gempak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...