“Menegur Disamakan Seperti Menyalak” – Didakwa Mendiamkan Diri Isu Konsert Di Kelantan, PU Syed Bidas Baby Shima

Hiburan

“Menegur Disamakan Seperti Menyalak” – Didakwa Mendiamkan Diri Isu Konsert Di Kelantan, PU Syed Bidas Baby Shima

Sebelum ni, penyanyi dangdut sensasi, Baby Shima telah meluahkan rasa tidak puas hati terhadap pendakwah bebas, PU Syed dan para ahli agama yang lain kerana mendiamkan diri mengenai pengajuran sebuah konsert di negeri Kelantan.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di IG Stories, Shima atau nama penuhnya Nor Ashima binti Ramli mendakwa PU Syed bersikap tidak adil kerana sering membuat bantahan terhadap konsertnya, namun berdiam diri terhadap konsert berkenaan.

Advertisement

Tampil menafikan dakwaan, PU Syed memaklumkan bahawa dia telah memberi teguran menerusi hantaran di laman rasmi Facebook miliknya.

Menegur dan membantah disamakan seperti menyalak bagi artis ini. Jika dia sebut saya tak tegur ianya amat silap sekali..

Menurut PU Syed ata nama penuhnya Syed Mohd Bakri bin Syed Ishak, beliau bukanlah setiap hari mahu mencari mana tempat yang akan diadakan konsert kecuali perkara itu dimaklumkan oleh orang lain.

Dalam isu di Ketereh, saya telah catatkan catatan semalam semoga artis ini membacanya dengan baik supaya dia juga boleh mematuhinya.

Jangan pula kata saya berdiam diri dan memilih-milih artis untuk ditegur.

Dalam pada itu, Syed turut tidak ketinggalan menitip pesanan buat penyanyi lagu Baby Sayang itu jika dia sudah sedar bahawa cara pembawakan diri dalam persembahan adalah tidak senonoh dan melanggar syariat Islam maka berubahlah dengan segera.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

2 years ago

"Bila Orang Lain Senyap Pula.." - Baby Shima Tak Puas Hati, PU Syed Diamkan Diri Isu Konsert Di Kelantan

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...