Baru-baru ini, pelakon Hollywood dikenali ramai iaitu Florence Pugh menceritakan pengalamannya ketika menjalani penggambaran untuk filem Thunderbolts di Malaysia.
Florence Pugh suka makanan Malaysia
Kata Pugh, dia sememangnya sangat suka berada di Malaysia dan bersemangat untuk kembali semula ke negara ini jika diberi kesempatan di masa akan datang.
Sebab makanannya memang gila sedap. Saya perlu belajar beberapa hidangan terbaik tetapi saya 100% akan cuba melakukan sesuatu di ‘Cooking With Flo’ dengan hidangan Malaysia.
@gscinemas #Malaysia, this one’s for you! 🇲🇾🥹 We had the exclusive chance to chat with #FlorencePugh about her experience filming right here in Malaysia — including jumping off the #Merdeka118 Tower! 🏙️ Don’t miss Marvel Studios’ #Thunderbolts*⚡ coming to GSC this 1 May! 🎬 Get your tickets now! 🎟️ #trending #viral #fyp #kualalumpur #merdeka118 #marvel #marvelstudios #interview #castinterview ♬ original sound – GSCinemas
Memang banggalah artis Hollywood pun suka dengan makanan negara kita! Tapi korang pernah tertanya tak kenapa hidangan Malaysia sering menjadi pilihan negara luar?
Ini sebab hidangan Malaysia jadi pilihan negara luar
Kalau korang nak tahu, disebabkan kita mempunyai kepelbagaian kaum seperti Melayu, Cina dan India, itu telah membentuk gabungan rasa yang berbeza dalam makanan tau. Dari nasi lemak ke roti canai, char kuey teow ke banana leaf, setiap satu ini mewakili budaya tersendiri.
Selain itu, gabungan rasa yang seimbang iaitu pedas, manis serta masam juga memain peranan yang penting kerana selalunya di negara luar tidak mempunyai makanan yang kompleks. Contohnya, sambal yang pedas tapi manis atau kari berempah tapi berlemak yang menjadikan hidangan di Malaysia sukar untuk dilupakan.
Dalam pada itu, senang masuk ‘tekak’ orang luar macam sate, mee goreng, kari ayam, rendang dan banyak lagi. Sebab itu, tak pelik banyak restoran Malaysia dibuka di Australia, UK serta Korea, malah kini sudah makin berkembang ke negara-negara lain.