Baru-baru ini, Shuib mendedahkan bahawa arwah isterinya iaitu Siti Sarah pernah dirasuk akibat disihir ketika bergelar sebagai penyanyi.
Kejadian tersebut disaksi sendiri oleh pelawak terbabit dan kisah tersebut dikongsikan di dalam satu podcast yang dimuat naik di platform YouTube.
Banyak kali lalui pengalaman seram
Menurut Shuib, dia selalu mengelami pengalaman seram itu dan ia sememangnya mencemaskan.
Sebenarnya saya ada banyak kali melalui keadaan yang mencemaskan sampai kesurupan dan dirasuk. Paling teruk ketika Siti Sarah bertukar seperti seekor harimau, gaya harimau sehingga menjilat kakinya.
Rasa disihir, persembahan tak best
Susulan dirasuk, Shuib telah membawa arwah pergi berubat dengan segera, malah isterinya juga pernah tumbang selepas saja membuat persembahan di pentas Gegar Vaganza.
Dia cakap dia rasa disihir. Pernah dia naik ke pentas dan dia rasa orang bencikan dia dan persembahan tak best.
Untuk info, Shuib dan Siti Sarah pernah mendirikan rumah tangga pada tahun 2011 tetapi penyanyi tersebut pergi meninggalkan keluarga buat selamanya pada tahun 2021 selepas terkena jangkitan COVID-19.