Mendapat Balasan KPDNKK Selepas Kenakan Charge 30sen Untuk Ikat Tepi

Trending

Mendapat Balasan KPDNKK Selepas Kenakan Charge 30sen Untuk Ikat Tepi

Premis makanan yang tular beberapa hari lalu kerana mengenakan charge 30sen untuk minuman yang dikungkus “ikat tepi” dikenakan kompaun oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK).

Advertisement

Tindakan pemantauan dan penguatkuasaan mendapati premis tersebut gagal mempamerkan tanda harga dan tanda harga bagi tambahan caj ikat tepi (tambahan RM 0.30 jika bungkus) pada minuman.

“Justeru itu, premis telah dikenakan kompaun (denda) di bawah kesalahan AKHAP 2011,” menurut kenyataan yang dipetik dari laman Facebook KPDNKK kemarin.

Semalam, KPDNKK Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur telah memeriksa premis tersebut yang terletak di Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Awan Besar.

Pengarahnya, Ummi Nasrah Othman berkata, sepasukan pegawai penguat kuasa menjalankan pemeriksaan terhadap penandaan harga di premis perniagaan di kawasan tersebut.

Menurutnya, 14 premis perniagaan termasuk kedai menjual pakaian dan mini market diperiksa dalam operasi itu.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...