Mencuri Dan Berkelakuan Tidak Senonoh, Aliff Aziz Mengaku Bersalah Atas 2 Pertuduhan

Hiburan

Mencuri Dan Berkelakuan Tidak Senonoh, Aliff Aziz Mengaku Bersalah Atas 2 Pertuduhan

Mengaku bersalah di Mahkamah Negara Singapura pada Jumaat lalu iaitu 7 Ogos atas dua tuduhan iaitu mencuri dan berkelakuan tak senonoh di tempat awam, pelakon kontroversi Aliff Aziz didakwa mencuri wang sebanyak S$300 (RM950) dan 1 juta rupiah (RM285) milik seorang pelakon dan ahli politik Indonesia.

Mencuri Dan Berkelakuan Tidak Senonoh, Aliff Aziz Mengaku Bersalah Atas 2 Pertuduhan

Advertisement

Menurut kertas pertuduhan kedua, Aliff berkelakuan tidak senonoh dengan menjerit dan menunjukkan isyarat menggunakan tangan semasa berada di tempat awam.

Tuduhan pertama Aliff berdepan hukuman penjara mendatori, manakala untuk pertuduhan kedua, dia boleh dikenakan denda tidak melebihi SGD 2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan atau kedua sekali jika sabit kesalahan.

Sementara itu, Aliff sekali lagi didakwa untuk satu lagi pertuduhan iaitu mencuri sekotak rokok Malboro dan pemetik api masih dalam pertimbangan.

Mencuri Dan Berkelakuan Tidak Senonoh, Aliff Aziz Mengaku Bersalah Atas 2 Pertuduhan

Bagaimanapun, peguam bela Aliff merayu agar hukuman lebih ringan dipertimbangkan iaitu penjara antara satu hingga empat minggu bagi pertuduhan pertama memandangkan wang berkenaan telah dipulangkan dan Aliff kesal dengan tindakannya itu.

Tiada sebarang kecederaan atau kerosakan berlaku akibat perbuatan Aliff, untuk pertuduhan kedua pula, peguam itu menyatakan pelakon itu mengalami masalah psikiatri ketika kejadian.

Mencuri Dan Berkelakuan Tidak Senonoh, Aliff Aziz Mengaku Bersalah Atas 2 Pertuduhan

Hakim kemudian mengarahkan Aliff dirujuk ke Institusi Kesihatan Mental (IMH) untuk menjalani pemeriksaan psikiatri bagi mengetahui sama ada dia boleh diletakkan di bawah Arahan Rawatan Mandatori (MTO).

Sekiranya Aliff didapati mengalami masalah psikiatri, beliau akan diarahkan menjalani rawatan sebagai ganti hukuman penjara.

Untuk rekod, mahkamah menetapkan 14 September sebagai tarikh menetapkan hukuman.

Sumber: Cari Forum, Rotikaya

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...