“Mencarut Lancar, Mengucap Lupa Pula!” – Ratu Dikecam Tak Tahu Beza Mengucap & Ayat Kursi

Trending

“Mencarut Lancar, Mengucap Lupa Pula!” – Ratu Dikecam Tak Tahu Beza Mengucap & Ayat Kursi

Kalau sebut saja nama Ratu Farah Diva pasti ramai yang sudah mengenalinya melalui video pick-up lines serta tarian pelik yang sering dilakukan di platform TikTok.

Jika sebelum ini tular video dia lancar melontarkan carutan kerana takut semasa main aktiviti ekstrem, kali ini timbul pula satu video memaparkan dirinya mengucap ketika bermain aktiviti yang sama iaitu flying fox.

Advertisement

Melalui video berdurasi 20 saat itu, individu yang menyelia aktiviti tersebut meminta Ratu untuk mengucap dua kalimah syahadah agar dapat mengurangkan rasa gemuruh.

Bagaimanapun, barang kali terlalu gementar untuk melakukan aktiviti itu, gadis tersebut bukannya mengucap dua kalimah syahadah tetapi dirinya membaca Ayat Kursi dan diikuti Surah Al-Ikhlas.

Susulan itu, netizen tidak melepaskan peluang untuk meninggalkan komen kecaman kerana dia tidak membezakan Ayat Kursi dengan mengucap dua kalimah syahadah.

komen netizen

komen netizen

Biarpun ramai yang mengecam, ada juga sesetengah netizen berpendapat barangkali Ratu terlalu nervous hingga tertukar dua kalimah syahadah dengan Ayat Kursi.

Sehingga artikel ini ditulis, video terbabit meraih lebih 170,000 tanda suka dan sebanyak 4 juta tontonan daripada warganet.

1 year ago

"Mencarut Tak Pelat Pulak, Nampak Sangat Dah Biasa" - Jerit Bab* Puk*mak Lanc*u, Ratu Teruk Dikecam Netizen

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...