“Mencabul Tu Jenayah” – Harith Iskander Beri Pandangan Isu Gangguan Seksual Puteri Balqis

Hiburan

“Mencabul Tu Jenayah” – Harith Iskander Beri Pandangan Isu Gangguan Seksual Puteri Balqis

Dakwaan Puteri Balqis tentang serangan seksual yang dilakukan oleh bapa kandungnya baru-baru ini masih lagi hangat diperkatakan.

Rahsia yang dibongkarkan oleh pelakon remaja itu mencetuskan pelbagai reaksi termasuklah segelintir pihak yang tidak bersetuju dengan menyatakan bahawa tindakan Balqis itu sebagai membuka aib keluarga sendiri.

Advertisement

Isu itu turut mendapat perhatian pelawak dan pelakon, Harith Iskander yang memberikan pendapat tentang hal berkenaan menerusi entri yang dimuat naik di laman Instagram miliknya.

Dalam posting berikut, Harith menyatakan bahawa pendedahan itu bukanlah tindakan membuka aib kerana mencabul merupakan satu perbuatan jenayah.

Kalau mendedahkan yang bapaknya ada inkontinensia (penyakit yang tak boleh dikawal) itu membuka aib. Mencabul tu jenayah. FULL STOP.”

Muat naik tersebut mendapat sokongan orang ramai yang rata-ratanya bersetuju dengan pandangan pelawak berkenaan.

Kasihan dia kena kecam yang sedih alim ulama pun sokong benda ni aib tapi tak peduli dengan emosi dan trauma yg dia lalui. Tak senang nak bagitau orang kena molest lebih-lebih lagi darah daging sendiri. Mungkin dia dah tak tahan sangatlah tu terkeluar cerita.” – Netizen

“Yang ni saya setuju,” ujar seorang lagi netizen.

Sekadar info, bapa kepada Puteri Balqis telah pun ditahan polis susulan pendedahan yang dilakukan oleh pelakon remaja berikut dalam satu temu bual di YouTube bersama Bros Gang TV.

3 bulan lalu

Didakwa Lakukan Gangguan Seksual, Bapa Kepada Pelakon Remaja Ditahan Polis

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...