Menariknya, Tak Lama Lagi Malaysia Akan Ada Hologram Call

Teknologi

Menariknya, Tak Lama Lagi Malaysia Akan Ada Hologram Call

Pernahkan anda menonton filem Hollywod mereka membuat panggilan dengan Hologram Call?

Penggunaan teknologi ini membenarkan individu yang berada di kawasan jauh muncul di hadapan kita secara maya dalam bentuk hologram.

Advertisement

Jangan terkejut, selepas ini kita tak mainlah video call, tak lama lagi Malaysia akan ada Hologram Call.

Hujung mingggu ini akan ada pameran 5G Malaysia yang berlangsung di Kompleks Perbadanan Putrajaya yang akan dibuka kepada orang ramai.

Pengunjung semua akan mengetahui sedikit sebanyak mengenai maklumat dan kegunaan yang lebih menyeluruh berkaitan 5G.

Menteri Komunikasi dan Multimedia, Gobind Singh Deo telah pun melakukan lawatan ke Kompleks Perbadanan Putrajaya semalam untuk melihat persiapan acara terbabit.

Demonstrasi itu diperkenalkan oleh Celcom dan menurut mereka, teknologi ini tidak hanya memberi kelebihan kepada pengguna sahaja malah ia juga mampu diperluaskan dalam bidang perubatan dan pertanian.

Tambahan pula, Malaysia kini sedang giat membangunkan rangkaian 5G yang jauh lebih laju daripada 4G.

Sambungan 5G mampu mencapai kelajuan maksima pada 20Gbps manakala 4G pula hanya boleh mencapai tahap 1Gbps pada tahap terbaik. Kelajuan 5G adalah 20 kali ganda daripada 4G!

Apa agaknya bayangan Hologram Call ni kan?

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...