Sudah tidak dapat dinafikan akan ketegangan hubungan di antara Amerika Syarikat dan Korea Utara. Korea Utara telah mengeluarkan kenyataan di mana peluru pandu ketenteraan mereka dapat menembusi Amerika Syarikat jika dilancarkan.
Risau akan ancaman dari Korea Utara ini, pihak berkuasa Amerika Syarikat telah bertindak mengeluarkan video lagu bagi tujuaan latihan kecemasan jika negara mereka di serang peluru pandu. Namun video yang dikeluarkan itu adalah sangat unik dan telah mendapat banyak perhatian dari pihak di sana.
Seperti dapat dilihat di dalam video di atas, konsep lagu yang dinyanyikan sangatlah pop seiring dengan mesej yang cuba disampaikan iaitu “jangan panik” ketika berlaku kecemasan. Namun apa mesej yang cuba disampaikan di dalam video tersebut adalah……
1. Masuk ke dalam rumah
2. Tunggu di dalam rumah
3. Beri perhatian kepada berita
Pihak berkuasa Amerika Syarikat menyatakan bahawa mereka berharap agar video ini dapat mendapat perhatian bukan sahaja dari golongan orang dewasa, malah kanak-kanak juga kerana konsep lagu yang dihasilkan itu tidak mengira usia tua mahupun muda.