Sekali imbas lihat, mesti ramai yang akan menyangkakan lelaki di atas adalah pemain terkenal Argentina, Lionel Messi. Namun tidak sama sekali, kerana lelaki yang tertera itu adalah merupakan sorang lelaki dari Iran yang mirip akan si Leo Messi.
Lelaki yang bernama Reza Paratesh ini pernah menimbulkan kekecohan apabila ramai peminat Messi telah mengkurumuni beliau untuk mendapatkan tandatangannya kerana menganggap beliau adalah merupakan Messi yang sebenar. Dilaporkan bahawa pihak polis telah muncul di tempat kejadian untuk meredakan keadaan. Mirip sangat ke si Reza ini sampai ramai yang telah salah anggap tu? Jom layan gambar-gambar beliau yang telah dimuat turunkan di dalam akaun Twitternya.
Apa kata anda semua? Seiras ke? Bagi admin, ada yang seiras ada yang tak seiras. Tapi admin yakin kalau si Reza ni muncul di Malaysia, mesti ramai yang akan mengkurumuni beliau untuk mendapatkan tandatangan beliau. Setuju tak??