Kepada mereka yang gemar mengenakan seluar jeans dalam kehidupan seharian mereka, corak lusuh pada jeans itu mungkin merupakan salah satu point ketika membeli seluar jeans. Jika di lihat seluar jeans yang terpapar di kedai, pelbagai jenis corak lusuh yang dapat kita lihat.
Tapi tahukah anda yang sebenarnya adalah agak sukar dan mengambil masa untuk membuat corak lusuh ini ketika proses pembuatan seluar jeans. Namun dengan peningkatan teknologi masa kini, corak lusuh ini dapat dibuat dalam masa yang agak singkat. Teknologi yang admin maksudkan itu adalah teknologi menggunakan laser. Nak tahu betapa cepat prosesnya boleh la lihat di video di bawah ya….
Sebenarnya teknologi membuat corak menggunakan laser ini telah banyak digunakan sebelum ini, namun implikasi pada corak membuat jeans ini baharu sahaja diperkenalkan. Teknologi ini dijangkakan akan digunakan oleh ramai pembuat jeans di seluruh dunia kerana dapat menjimatkan masa dan prosesnya adalah sangat efektif. Apa yang penting sekali adalah dapat mengurangkan kos pembuatan itu sendiri.