Masa zaman admin kecik-kecik dulu, kalau dengar je perkataaan “magic” sahaja, mesti ramai akan mengaitkannya dengan sihir, jin, toyol dan pelbagai lagi. Namun kebanyakan magic ini adalah tidak menggunakan sihir, akan tetapi menggunakan teknik-teknik yang dapat mengaburi mata mereka-mereka yang menonton. Sebab itu lah magic kalau dalam bahasa melayunya di panggil “silap mata”.
Di bawah ni admin nak kongsi dengan semua satu video silap mata yang telah dimuat turunkan di Youtube. Aksi silap mata yang dilakukan oleh Vincent Kuo ini sungguh menggemparkan dan video ini telah dimainkan lebih daripada 2 juta kali di laman Youtube. Jom tengok gempak sangat ke teknik dia tu….
Pergh…Walaupon video yang dimuat turunkan itu terlalu pendek, iaitu selama 16 saat, namun isi kandungannya sugguh menggemparkan. Admin tengok banyak kali tanpa mata berkelip pon tak tau juga cam mana Vincent ni buat. Kalau ada sesiapa yang tahu akan teknik yang digunakan ini, boleleh tak share dengan admin?….