Sapa yang tak kenal dengan filem Back To The Future?? Kalau tak kenal tu memang bukan kaki filem la admin rasa. Filem yang diarahkan oleh Steven Spielberg ini telah dikeluarkan pada tahun 1985. Filem ini mendapat perhatian ramai pada masa itu kerana imaginasi teknologi masa hadapan yang diilhamkan sangat canggih dan menarik.
Kalau kita tengok balik filem ini, beberapa imaginasi teknologi di dalam filem ini telah berjaya direalisasikan pada zaman moden ini. Tapi tahukan anda semua, tajuk filem ini mungkin berubah jika Steven Spielberg bersetuju dengan Sid Sheinberg yang merupakan seorang pekerja MCA (sekarang dikenali dengan nama Universal Studio) pada peringkat awal draf skrip??
Gambar di bawah ini telah dimuat turunkan oleh Will McCrabb, seorang pengarah fotografi ke dalam akaun Twitternya setelah menjumpai dokumen itu.
I'm fighting an ulcer due to horrific studio notes on a project I'm about to give up on.
Then, I read this. pic.twitter.com/nob2mt0CDW— WILL McCRABB (@mccrabb_will) 2016?8?27?
Seperti yang dapat dilihat di dalam surat di atas, Sid Sheinberg mencadangkan Steven Spielberg untuk menukar nama tajuk Back To The Future itu menjadi “Space Man From Pluto“. Dia juga mencadangkan agar beberapa ayat di dalam skrip itu ditukar supaya sesuai dengan tajuk “baru” yang dicadangkan itu.
Di bawah ini pula adalah senarai beberapa pelakon yang dipertimbangkan untuk memainkan watak Doc Brown yang akhirnya dimainkan oleh Chris Llyod. Kalau tengok list ni, ramai pelakon-pelakon terkenal yang terdapat dalam senarai seperti Mickey Rourke, Gene Hackman dan sebagainya.
Jeff Goldblum was the first choice to play Doc Brown.
Check out the other contenders. pic.twitter.com/DSVcAOay7D— WILL McCRABB (@mccrabb_will) 2016?8?27?
Treler Filem Back To The Future