
Baru-baru ini admin ada kongsi dengan semua mengenai garisan pejalan kaki yang dilukis berbentuk 3D bagi mengurangkan kemalangan jalan raya. Tetapi baru-baru ramai netizen telah digemparkan dengan berita di mana jalan raya yang dihasilkan dengan menggunakan ribuan LED sedang dibangunkan di Mitcham, London.
Konsep bagi jalan raya ini telah diberi nama “Smart Crossing” adalah bertujuan bagi mengurangkan kemalangan jalan raya yang melibatkan pejalan kaki. Menurut sebuah sumber di England, 22% daripada kemalangan jalan raya yang berlaku adalah melibatkan pejalan kaki. Jalan raya yang sedang dibangunkan ini adalah seperti sebuah panel televisyen LED yang dihamparkan bagi kegunaan pejalan kaki dan kenderaan.
Seperti dapat dilihat di dalam video di atas, garisan-garisan yang selalu digunakan di jalan raya semuanya dilakarkan sendiri secara automatic dengan menggunakan LED. Visi computer digunakan di dalam system jalan raya ini bagi mengesan akan perbezaan di antara pejalan kaki, kenderaan dan penunggang motosikal/basikal.
Ia dikatakan dapat mengurangkan kemalangan jalan raya kerana jalan raya ini sendiri akan memberi arahan kepada pejalan kaki bila untuk melintas dengan selamat. Ianya juga akan memberi amaran kepada pemandu kenderaan jikalau terdapat pejalan kaki yang tiba-tiba melintas jalan tanpa mengikut arahan.
Pembangunan jalan raya yang masih berada di peringkat prototaip ini masih belum diketahui bila untuk dipraktikkan, namun dianggarkan wang yang banyak diperlukan jika mahu dikuatkuasakan di seluruh jalan raya di England.