Tahukah anda bahawa permainan Tetris telah manjangkau usia lebih daripada 30 tahun setelah mula diperkenalkan. Permainan Tetris ini bukanlah satu perkara yang asing bagi mereka yang hidup di zaman 90-an. Admin yakin kalau ditanyakan akan permainan Tetris kepada kanak-kanak zaman sekarang, mesti ramai yang tidak ketahui akan kewujudannya.
Meskipun telah lebih 30 tahun jangka usia permainan ini, namun masih ramai lagi yang tidak jemu untuk meluangkan masa lapang untuk bermain. Tapi tahukah anda yang pertandingan antarabangsa Tetris ini telah mula diperkenalkan sejak tahun 2010 lagi? Di bawah ni admin nak kongsi satu video aksi perlawanan akhir 2016 Classic Tetris World Championship yang berlangsung di Pusat Konvensyen Oregon, Amerika Syarikat.
Perlawanan akhir ini telah berlangsung di antara Jonas Neubauer dan Jeff Moore dan telah dimenangi oleh Jonas Neubauer. Jonas Neubauer adalah merupakan “tuhan” permainan Tetris ini kerana telah berjaya menjadi juara sebanyak 6 kali semenjak pertandingan ini diperkenalkan.
Kepada mereka yang tidak mengenali mahupun tidak pernah mencuba permainan Tetris, admin sarankan boleh la mencuba ya. Tapi jangan la terlalu ketagih sampai lupa nak menunaikan tanggungjawab yang ada…