[Menarik] Sanggupkah Anda Cium Kereta Selama 50 Jam Untuk Mendapatkan Kereta Secara Percuma? (Video)

Trending

[Menarik] Sanggupkah Anda Cium Kereta Selama 50 Jam Untuk Mendapatkan Kereta Secara Percuma? (Video)

Tidak di nafikan kereta adalah merupakan pengangkutan yang wajib dimiliki oleh setiap orang. Tidak dinafikan terdapat pengangkutan awam di Malaysia seperti bas, lrt dan sebagainya. Akan tetapi admin yakin di kala waktu kecemasan, kereta adalah merupakan pengangkutan yang paling efektif.

Advertisement

Bagi penduduk Malaysia, harga kereta yang dijual di pasaran boleh dikatakan tinggi jiga dibandingkan dengan negara-negara lain, lebih-lebih lagi negara pengeluar kereta seperti Jepun, Amerika Syarikat dan Jerman. Jika diberi peluang untuk mendapatkan kereta secara percuma, sanggupkan anda untuk menghadapi cabaran itu?

Sebuah stesen radio Amerika Syarikat, 96.7 KISSFM telah menganjurkan satu cabaran untuk mendapatkan sebuah kereta KIA OPTIMA model 2017 secara percuma. Apa yang perlu dilakukan oleh peserta-peserta cabaran ini adalah cuma bertahan untuk mencium kereta itu selama 50 jam.

Video di atas adalah merupkan sebahagian dr video penuh yang di keluarkan oleh FOX 7 Austin yang merupakan sebuah saluran berita di Amerika Syarikat. Cabaran ini telah dimenangi oleh Dilini Jayasuriya, seorang wanita yang berumur 30 tahun. Dia telah memenangi kereta ini melalui cabutan kerana terdapat 6 orang yang telah berjaya mengharung cabaran selama 50 jam ini.

Menurut pihak penganjur, terdapat 20 peserta bagi cabaran ini dan separuh daripadanya terlelap/tertido ketika cabaran sedang dilakukan. Apapun tahniah diucapkan kepada Dilini Jayasuriya kerana berjaya memenangi kereta percuma ini.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...