[Menarik] Rekod Guinness Memecahkan Tin Air Dengan Menggunakan Tangan Yang Menggenggam Telur (Video)

Trending

[Menarik] Rekod Guinness Memecahkan Tin Air Dengan Menggunakan Tangan Yang Menggenggam Telur (Video)

Memang tidak dapat dinafikan banyak rekod dunia Guinness yang pelik-pelik pernah dicatatkan setakat ini. Jika di lihat buku rekod Guinness itu sendiri, admin rasa lagi tebal dari buku teks masa belajar di sekolah menengah dahulu. Ada rekod-rekod pelik ini yang amat mencuit hati kalau di fikirkan secara logik kerana kebanyakannya tidak pernah terlintas dalam otak untuk dibuat rekod.

Advertisement

Salah satu rekod yang admin maksudkan ini adalah rekod “Memecahkan Tin Air Dengan Menggunakan Tangan Yang Menggenggam Telur Di Dalam Masa 30 Saat”. Punyalah panjang nama cabaran yang cuba direkodkan oleh Muhammad Rashid dari Pakistan ini. Peraturannya sangat la mudah iaitu telur yang digenggam tidak boleh pecah dan rekod dicatatkan berdasar berapa banyak tin air yang berjaya dipecahkan dalam masa 30 saat. Jom tengok berapa banyak tin air si Rashid ini berjaya pecahkan….

Seperti dapat dilihat di dalam cubaan di atas, Rashid berjaya memecahkan 29 biji tin air tanpa memecahkan telur yang digenggam ketika percubaa dilakukan. Kepada sesiapa yang rasa boleh pecahkan rekod ini boleh la cuba di rumah. Cubaan ini nampak mudah, tapi admin yakin bukan semua orang yang mampu melakukannya. Apa kata anda??

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...