[Menarik] Rekod Dunia Guinness Orang Jepun Yang Agak Mencuit Hati….. (Video)

Trending

[Menarik] Rekod Dunia Guinness Orang Jepun Yang Agak Mencuit Hati….. (Video)

Gelagat kelakar orang Jepun ni memang sudah di kenali ramai dan tidak asing lagi bagi rakyat di Malaysia. Walaupun ramai yang tidak memahami akan bahasa Jepun, dengan melihat gelagat dan gaya pelawak-pelawak Jepun di kaca TV sudah cukup untuk membuatkan kita gelak hingga kering gusi.

Advertisement

Admin yakin daya kreatif mereka ini juga merupakan salah satu sebab kenapa mereka mempunyai idea yang menarik untuk membuat sesuatu yang menarik perhatian. Di bawah ini admin nak kongsi sebuah video rekod dunia Guinness yang telah di cipta oleh seorang warga Jepun dan yang menariknya di sini adalah jenis rekod yang diciptanya. Jom tengok…

Seperti dapat di lihat di dalam video di atas, Sadatoshi Watanabe telah berjaya membuat rekod dunia dengan membuat bilangan lompatan terbanyak menggunakan punggung (most bum skips) dalam masa 30 saat. Sebanyak 104 kali lompatan telah berjaya dilakukan oleh beliau dalam masa 30 saat yang diberikan.

Gelagat ketika Watanabe melakukan cubaan ini sungguh mecuit hati, walaupun sebenarnya bukan lah mudah untuk membuat cubaan sedemikian. Admin pon tak pernah terfikir nak buat aksi seperti mana di lakukan oleh si Watanabe ini. Mungkin satu hari nanti ada warga Malaysia yang akan dapat mencipta rekod Guinness pelik-pelik seperti……..tumbuk lesung batu paling banyak dalam masa 30 saat??? Sapa tau kan….

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...