[Menarik] Reka Bentuk Gula-Gula Menarik Dari Amezaiku Yoshihara (Gambar)

Trending

[Menarik] Reka Bentuk Gula-Gula Menarik Dari Amezaiku Yoshihara (Gambar)

Orang Jepun sangat terkenal dengan ketelitian hasil kerja mereka tidak kira di dalam apa jua bidang. Hasil ketelitian mereka ini lah yang merupakan salah satu sebab utama bagaimana Jepun boleh menjadi sebuah negara maju moden walaupon suatu ketika dahulu negara matahari terbit ini pernah di bom atom oleh Amerika Syarikat.

Advertisement

Kali ini admin nak kongsi dengan semua gambar-gambar menarik sebuah kedai gula-gula yang diberi nama Amezaiku Yoshihara. Ketelitian hasil kerja Yoshihara dalam menghasilkan gula-gula ini telah banyak mendapat perhatian penduduk di Jepun dan juga pelancong-pelancong asing yang mengunjungi kedai beliau. Jom tengok hasil kerja si Yoshihara di bawah…

Gambar-gambar di atas ini adalah merupakan sebahagian daripada hasil kerja Yoshihara. Bagi mereka yang ingin makan angin ke negara matahari terbit ini, mungkin kedai Amezaiku Yoshihara ini dapat dijadikan salah satu tempat untuk dilawati. Setakat ini Yoshihara telah membuka 2 buah kedai dan lokasi kedua-dua kedai ini adalah terletak di Tokyo. Di bawah ini pula terdapat satu video pendek yang menunjukkan bagaimana Yoshihara menghasilkan salah satu hasil kerjanya.

Admin kalau dapat gula-gula ni, memang tak makan punya la…Rase rugi la pulak…Tapi kalau tak makan, bersemut la pulakkan?? Apa kata anda…

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...