%
Anda peminat tegar telefon mudah alih iPhone?? Kepada mereka yang menyukai iPhone buatan Apple ini mesti dah tak sabar untuk mendapatkan model baru iPhone 7 kan. Tapi tahukah iPhone mana yang cepat rosak dalam banyak-banyak generasi iPhone yang telah dikeluarkan??
Baru-baru sebuah artikel di laman web digitaltrends.com dan Tech Times telah mengeluarkan sebuah artikel mengenai kerosakan iPhone. Artikel itu telah ditulis berdasarkan data-data yang telah dikeluarkan oleh syarikat Blancco. Jom tengok generasi mana yang paling cepat rosak…
1.iPhone 6 (29%)
2.iPhone 6s (23%)
3.iPhone 6s plus (14%)
4.iPhone 5s (8%)
Menurut syarikat Blancco, kerosakan ini banyak terjadi kebelakangan ini setelah sistem kemas kini iOS dilancarkan baru-baru ini. Kepada mereka yang telah mengemaskini kepada sistem baru ini, kebanyakan mereka akan mengalami masalah bateri yang cepat habis dan aplikasi hancur (application crash).
Menurut Blancco juga, telefon mudah alih Androids sekarang ini lebih tahan jika dibandingkan dengan model-model yang terdahulu. Jika dilihat dari ranking ini, model-model baru iPhone lebih cepat mengalami kerosakan berbanding dengan generasi sebelumnya. Munkgin generasi ke-7 ni pun cepat rosak jugak kot…. No komen…