[Menarik] Qoobo……Kusyen Terapi Berekor Kucing Bagi Menenangkan Fikiran (Video)

Trending

[Menarik] Qoobo……Kusyen Terapi Berekor Kucing Bagi Menenangkan Fikiran (Video)

Bagi mereka yang gemarkan kucing akan tetapi mempunyai alahan dengan bulu kucing, ini merupakan berita baik bagi anda kerana YUKAI Engineering Inc. telah mengeluarkan satu produk kusyen terapi berbentuk ekor kucing bagi tujuan melepaskan tekanan. Perkataan Qoobo itu sendiri diilhamkan dari perkataan Perancis iaitu queue (bermaksud “ekor”) and “robot”.

Advertisement

Ekor kucing yang bersambung pada kusyen ini akan bereaksi dan respon berdasarkan cara anda membelai kusyen itu sendiri. Ekornya itu akan beraksi dengan lemah lembut jika kusyen itu dibelai dengan lembut. Begitu juga sebaliknya jika ekornya itu dibelai dengan agresif. Produk ini mula diperkenalkan kepada ramai di CEATEC JAPAN 2017, sebuah pameran yang berlangsung di Jepun baru-baru ini.

Jurutera di syarikat ini telah mendapat ilham untuk menghasilkan produk ini apabila salah seorang daripada pekerja syarikat ini mengusulkan cadangan untuk membina sebuah robot berbentuk kucing bagi tujuan melepaskan tekanan di rumah selepas penat pulang dari bekerja. Bagi menghasilkan produk ini, para jurutera telah menghabiskan banyak masa bagi mengkaji bahan,saiz dan berat yang sesuai bagi kusyen ini.

Harga jualan bagi kusyen ini masih belum dikeluarkan lagi, namun dijangka akan berada di pasaran pada musim panas tahun 2018. Setakat ini terdapat 2 jenis reka bentuk/warna yang diumumkan iaitu “Husky Gray” dan “French Brown”.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...