[Menarik] Pemain Musik Mudah Alih Walkman Berharga Rm12k (Video)

Teknologi

[Menarik] Pemain Musik Mudah Alih Walkman Berharga Rm12k (Video)

Walkman

Anda kenal dengan jenama “Walkman” yang dikeluarkan oleh Sony?? Kepada mereka yang hidup zaman 90-an tu tak boleh melupakan akan kewujudan pemain muzik mudah alih ini. Kalau kat sekolah tu, sapa ada Walkman ini mmg leh jadi orang famous la. Walkman pada zaman sekarang ni tak dapat banyak sambutan seperti dahulu kalau kerana ramai yang lebih gemar mendengar muzik melalu smartphone sahaja.

Advertisement

Baru-baru ini Sony telah mengeluarkan iklan sebuah Walkman yang berharga 12 ribu Ringgit Malaysia. Model NW-WM1Z ini merupakan model yang paling teratas dan termahal di dalam banyak-banyak model yang pernah di keluarkan. Model ini dijangkakan akan mulai berada di pasaran pada 29 Oktober tahun ini. Jom tengok apa yang menarik sangat pasal Walkman ini.

Menurut jurutera bahagian suara, Satoh Hiroaki, konsep bagi model adalah pengeluaran suara yang berkualiti dan teknologi yang tinggi. Pelbagai jenis bahan yang telah digunakan untuk merealisasikan konsep suara berkualiti tinggi ini dan salah satu bahannya adalah tembaga salutan emas bebas oksigen (Gold plated oxygen free copper).

Selain itu, kabel 4 jalinan wayar yang dijenterakan oleh KIMBER KABLE® juga digunakan di dalam teknologi suara Walkman ini. Walkman ini menyokong fail audio DSD, mempunyai skrin sentuh 4.0 inci dan memori dalam sebesar 256GB.

Kepada peminat tegar Walkman di luar sana, ada berani tak nak beli??? Admin kene mintak izin bini dulu kalau nak belik ni. Kalau tak….

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...