Seorang Chef dari Britain telah menjadi “pekak” seketika selama 2 minit setelah makan masakan mee yang dikatakan terpedas di dalam dunia. Ben Sumadiwiria, 22 tahun yang berasal dari London telah menjumpai masakan itu di sebuah restoran kecil belakang jalan ketika berada Jakarta, Indonesia baru-baru ini.
Mee yang diberi nama “death noodles” itu dimasak dengan menggunakan 100 biji cili api dikatakan mempunyai kepedasan 5000 kali ganda dari sos cili Tabasco. Ben mula berpeluh dan menjadi pening selepas makan makanan itu dan terpaksa membasahkan kepala untuk menyejukkan badannya. Jom tengok tengok betul ke pedas sangat mee tu….
Ben merupakan Chef sepenuh masa dan ibu bapanya tinggal di Indonesia. Dia telah membayar 34 Rupee untuk sepinggan makanan yang disediakan dengan sebiji telur goreng itu.
Ini merupakan makanan yang paling pedas pernah saya makan dan makanan ini membuatkan saya berpeluh dan rasa sakit setelah di makan. Bibir saya seakan-akan terbakar dan saya tak dapat rasa apa-apa. Saya pernah makan benda-benda pedas yang lain sebelum ini, tetapi masakan ini la yang paling pedas sekali.
Sebiji cili api dikatakan mempunyai sebanyak 200,000 unit Scoville (Scoville merupakan unit bagi tahap kepedasan). Secara matematiknya, mee ini mempunyai 20 juta Scoville kerana menggunakan 100 biji cili api. Rekod bagi benda cili yang paling pedas sekali di dunia ini adalah “Carolina Reaper”. Ia di katakan mempunyai tahap kepedasan 2,200,000 Scoville bagi sebiji cili sahaja.
Kepada penggemar-penggemar masakan pedas ni, boleh la cuba masakan ini kalau anda berkesempatan ketika berada di Indonesia….