Dah lama dah tak ada kuiz. Dulu asyik bagi kuiz mancis je. Hari ni jom teka kuiz yang dihasilkan menggunakan 2 gambar bintik hitam yang berbeza. Satu gambar adalah gambar “robot” dan lagi satu gambar adalah gambar “kucing”.
Apabila dua gambar ini ditindihkan, akan terhasil satu lagi gambar. Sebelum tengok video di bawah bagi jawapannya, apa kata kita fikir sket jawapannya. Hintnya adalah 2 gambar iaitu “Robot” dan “Kucing” itu sendiri….Selamat meneka…
Berjaya teka?? Jawapannya adalah “DORAEMON“. Betul tak hint yang diberi?? Doraemon adalah merupakan robot kucing masa hadapan yang muncul di dalam komik Jepun dari Jepun, Doraemon.
Di bawah ni ada lagi satu video lain dan sedikit tutorial macam mana nak menghasilkan lukisan ini.