Baru-baru ini Muji, sebuah syarikat Jepun yang mengeluarkan barangan isi rumah dan kegunaan harian telah mengeluarkan sebuah produk yang diberi nama “ToothBrushing Sheet”.
Seperti yang tertera pada nama produk itu sendiri, kertas ini adalah untuk digunakan untuk memberus gigi.
Tujuan produk ini dibangunkan dan dikeluarkan adalah untuk memudahkan pengguna yang ingin memberus gigi akan tetapi tiada peralatan memberus gigi. Produk ini juga sangat berguna ketika berlaku kecemasan seperti keputusan sumber air ketika berlaku bencana alam memandangkan di Jepun kerap berlaku gemparan muka bumi.
Seperti dapat di lihat di dalam gambar di atas, penggunaanya pun adalah sangat mudah sekali. Pengguna hanya perlu menggulung sehelai kertas pada jari dan mula menggosok gigi menggunakan jari tersebut. Di dalam paket yang dijual itu terdapat 12 helai kertas dan produk ini dijual pada harga 300 Yen (RM 12).
Terdapat banyak produk memberus gigi dapat dilihat di jual di pasaran, akan tetapi kertas berus gigi ini boleh dikatakan pertama yang admin dapat lihat. Bagi mereka yang kerap bangun lewat untuk ke tempat kerja, mungkin produk ini sangat berguna sebab sambil-sambil memandu tu boleh berus gigi sekali. Namun tidak dapat dipastikan sama ada produk ini akan memasuki pasaran Malaysia atau tidak.