Kereta yang digerakkan dengan menggunakan kuasa elektrik sudah menjadi perkara biasa bagi mereka yang tinggal di negara-negara yang maju dengan teknologi automotif seperti Jerman, Amerika Syarikat dan Jepun. Kebelakangan ini pengeluar kereta besar dunia seperti BMW, Mercedes-Benz dan Toyota telah mula memperkenalkan sistem pemanduan automatik. Sistem ini ingin diperkenalkan kerana ingin mengurankan kadar kemalangan di jalan raya yang disebabkan oleh kecuaian pemandu.
Walaupun sistem ini masih lagi di dalam proses pembangunan, ramai yang meragui akan keselamatan sistem ini kerana satu kesilapan yang kecil boleh membawa padah kepada si penumpang yang duduk di dalam kenderaan tersebut. Namun baru-baru ini ramai telah digemparkan dengan sebuah video kereta lumba sistem pemanduan automatik yang telah dimuat turunkan di Youtube.
Kereta lumba yang diberi nama Devbot ini telah membuat ujian pemanduan di sebuah litar yang dibina di atas tapak tinggalan lapangan kapal terbang di Berlin, Jerman. Ujian ini adalah merupakan persedian bagi menyertai pertandingan lumba kenderaan pemanduan automatik yang akan berlangsung tidak lama lagi.
Salah satu sebab mengapa video ini diperlihatkan kepada ramai adalah untuk menujukkan betapa selamatnya sistem pemanduan automatik yang sedang dibangunkan kini. Mungkin tidak mustahil suatu hari nanti kita akan dapat lihat sendiri kereta-kereta yang dipandu dengan menggunakan sistem ini.