Nama sebenar kek titisan air hujan ini adalah “Rain Drop Cake”. Kek ini mendapat banyak perhatian di New York, Amerika Syarikat setelah seorang chef, Darren Wong memperkenalkannya di sana. Darren mendapat ilham membuat kek ini setelah tertarik dengan sejenis kueh dari Jepun yang diberi nama “Shingen Mochi”.
Seperti nama yang diberi, kek ini menyerupai seperti titisan air hujan yang jernih, cuma saiznya tidaklah sebesar titisan air hujan yang sebenar. Kek ini selalunya akan dihidang dengan madu hitam dan kinako (sejenis tepung) kerana kek hanya mempunyai sedikit sahaja rasa manis. Jom tengok gambar lain kek yang dimuat turunkan oleh Darren Wong ini lagi….
Kat bawah ni nak kongsi cara-cara nak buat Raindrop Cake. Kepada yang berminat boleh la mencuba ya..