Pokemnon Go telah pun di lancarkan di Malaysia baru-baru ini. Apakah benda yang penting selain smartphone untuk bermain Pokemon Go?? Kajian menyatakan kasut yang selesa merupakan satu elemen yang penting untuk bermain Pokemon Go dengan efektif.
Bagi mereka yang masih belum membeli kasut baru untuk bermian Pokemon Go ini, ini merupakan satu berita yang menarik. Apa yang menarik sangat tu?? Jom kite baca dengan lebih lanjut lagi….
Snicker yang dilancarkan oleh “Vixole” ini, akan memberitahu kedudukan pokemon dengan gegaran di kasut Bukan itu sahaja, nyalaan lampu LED karakter pokemon juga akan timbul pada kasut itu sendiri. Terdapat sensor pada kasut ini dan pengguna dapat menukar design karakter dan bunyi pada kasut melalui aplikasi yang diperkenalkan.
Bagi mereka yang tidak bermain Pokemon Go, jangan berasa kecewa. Kasut ini juga dapat digunakan dengan aplikasi lain selain Pokemon Go. Paparan LED pada kasut dapat diubah mengikut citarasa pengguna dan digunakan untuk memberitahu pengguna itu jika terdapat emel mahupun panggilan telefon yang masuk. Kasut ini juga dapat memberi reaksi arahan ketika menggunakan aplikasi navigator sepert Google Maps.
Kasut ini juga merupakan kasut kalis air dan dapat dicas sendiri jiga bateri habis. Bagi mereka yang berminat, boleh la layani website “Vixole” untuk informasi yang lebih lanjut.