[Menarik] Kafe Bertemakan Drama Bersiri “Breaking Bad” (Gambar)

Trending

[Menarik] Kafe Bertemakan Drama Bersiri “Breaking Bad” (Gambar)

Breaking Bad

Korang pernah tak layan drama bersiri Brekaing Bad?? Drama bersiri ini mengisahkan mengenai seorang cikgu kimia, Walter yang telah diisytiharkan oleh doktor menghidapi kanser fasa terakhir. Untuk mencari dana bagi mengubati dan mendapatkan rawatan kanser itu ,Walter telah menggunakan segala ilmu kimia yang dipelajarinya untuk menghasilkan dadah yang berkualiti tinggi.

Advertisement

Oleh kerana drama bersiri ini telah mendapat sambutan yang tinggi di Amerika Syarikat, seorang pengusaha di sana telah membuka sebuah kedai kafe yang bertemakan drama bersiri ini dan diberi nama “Walter’s Coffee Roastery“. Pengusaha ini mendapat ilham ini setelah melihat satu adegan di dalam drama itu di mana Walter telah menggunakan barang-barang di dalam makmal dadahnya untuk membuat titisan kopi “terbaik” (finest drip coffee). Jom tengok beberapa gambar kedai kafe ini…

Yeah! #Science never tasted better. #walterscoffee wishes a happy monday y'all ??

#walterscoffee??(@walterscoffee)??????? –

Menarik sekali kedai kafe ini. Pekerja pon siap pakai topeng dan pakaian makmal ketika membuat minuman itu. Siap kopi yang disediakan tu letak dalam bekas bikar lagi tu. Tapi untuk pengetahuan semua, kedai yang dibuka di New York ini adalah merupakan kedai yang kedua. Kedai pertamanya telah dibuka di Istanbul, Turki. Kenapa Turki pon admin tak tau….

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...