Masalah parkir di Malaysia ini merupakan satu masalah yang tidak asing lagi, lebih-lebih lagi bagi mereka yang tinggal di bahagian lembah Klang. Kebanyakan punca kepada masalah ini ada kerana ruang parkir yang disediakan tidak mencukupi dan kadar parkir yang sangat tinggi dikenakan.
Punca-punca ini yang menyebabkaan ramai pengguna kenderaan meletakkan kenderaan di tempat yang tidak sepatutnya. Bagi mengelakkan kenderaan-kenderaan dari diletakkan di tempat yang dilarang, terdapat pihak berkuasa yang mengenakan tiket denda, dan ada juga yang mengapit/merantai kenderaan tersebut.
Di bawah ni admin nak kongsi dengan semua kaedah yang digunakan di Turki bagi menghindarkan kenderaan yang parkir sebarangan di tempat yang di larang. Kaedah yang digunakannya adalah sangat efektif dan mengambil masa yang kurang dari 1 minit sahaja.
Kalau lah kaedah ini diimplikasikan di Malaysia, admin yakin mesti ramai yang tidak sanggup meletakkan kereta secara sebarangan. Nak gaduh mulut pon tak guna, sebab kereta dah tak ada di tempat kejadian. Semua benda, “balai cerita”…..