Menarik, Ini Kegunaan Lain Softener Yang Anda Tidak Tahu

Kehidupan

Menarik, Ini Kegunaan Lain Softener Yang Anda Tidak Tahu

Setiap wanita pasti ada cara mereka yang tersendiri dalam menguruskan rumah mereka bagi memastikan suami dan anak-anak sentiasa selesa dan bahagia.

Jika kita perhatikan banyak petua mengenai gaya hidup seperti mengemas dan memasak wujud daripada pengalaman para ibu. Ini adalah kerana mereka selalunya sering mencuba dan melakukan pelbagai eksperimen sendiri dalam menyelesaikan sesuatu masalah terutama sekali dalam hal-hal mengemas rumah.

Advertisement

Sama seperti petua yang diperoleh kali ini, seorang ibu berasal dari Australia telah mendedahkan bahawa kita boleh membersihkan kotoran dinding dengan menggunakan softener.

Selain menjimatkan, cara ini juga dikatakan berhasil dan sudah dipercayai.

Menariknya, anda cuma perlu mencampurkan 1/4 penutup softener ke dalam baldi yang berisi ais suam. Kemudian anda boleh teruskan tugas mencuci anda dengan memberus kotoran dan lapkan dengan kain yang lembab serta ulang langkah tersebut jika perlu. Mudah bukan?

Gambar Hiasan

Perkara ini mungkin sedikit mengelirukan anda, kerana softener selalunya hanya digunakan sebagai pewangi pakaian sahaja.

Namun, perkara petua ini telah pun diguna pakai oleh seorang wanita di sana dalam membersihkan pintu rumahnya yang sudah mengalami kekotoran sejak 6 tahun yang lepas.

Mari tengok hasilnya.

Hasil cucian

Difahamkan, petua ini telah diperoleh apabila ibu yang berasal dari Australia berkenaan ada terbaca dimana orang lain juga pernah menggunakan cara ini untuk membersihkan dinding rumah mereka yang kotor dan mewangikan ruangan rumah. Sejak itu, wanita ini terus mencuba dan menggunakan cara ini sehingga kini apabila mendapati ini adalah cara yang berkesan.

Selain softener, wanita ini juga memberitahu bahawa krim pencukur juga boleh dijadikan bahan untuk menghilangkan bau hancing dan kotoran mozek dalam tandas anda.

Anda cuma perlu meletakkan krim pencukur tersebut dikawasan yang kotor dan biarkan selama kira-kira 30 minit. Kemudian ambil mop lantai serta bilas dengan. Elakkan untuk membiarkan tandas anda dengan krim pencukur terlalu lama, kerana ia mungkin boleh kering dan susah untuk dibilas.

Gambar contoh

Menarik cara ni, tak rugi pun kalau kita cuba.

Sumber

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...