Sebuah kedai peralatan tembikar yang terletak di New Mexico, Amerika Syarikat baru-baru ini mendapat banyak perhatian daripada pelbagai pihak kerana hasil karyanya yang unik. Kedai tembikar yang diberi nama “Essarai Ceramic” itu diusahakan oleh lelaki tempatan bernama Collin Lynch.
Hasil kerja Collin mendapat banyak perhatian kerana berjaya menghasilkan karya yang seolah-olah diperbuat daripada kristal walaupun bahan asal yang digunakan adalah tanah liat sahaja. Antara barang-barang yang dijual nya adalah gelas minum, pemegang kad (card holder) dan dulang abu rokok (ashtray).
Collin juga ada membuka laman web jualan bagi mereka yang ingin membuat pembelian barangan tembikar tersebut. Kebanyakan barang yang dijual itu adalah “made to order” di mana kita perlu meletakkan order terdahulu sebelum barang dihasilkan. Penghantaran bagi mereka yang tinggal diluar negara juga ada disediakan.